Close

Apple iPhone adalah telefon pintar terlaris pada suku ke-4 tahun 2020 mengatasi Samsung dan Xiaomi

Dalam laporan terbaru yang telah dikeluarkan oleh Gartner mengenai penjualan telefon pintar pada suku ke-4 tahun 2020 telah menunjukkan bahawa Apple menduduki tangga pertama mengatasi penjualan dari 4 jenama besar dunia seperti Samsung, Xiaomi, Oppo, Huawei dan lain-lain.

Jumlah penjualan iPhone juga dilihat meningkat sehingga lebih 10 juta berbanding Q4 tahun 2019. Dari 69.5 juta unit ke 79.9 juta berbanding Samsung yang mempunyai penurunan dari Q4 2019 (70.4 juta) ke Q4 2020 (62.1 juta).

Apple juga pada tahun 2020 buat pertama kalinya perkenalkan 5 model, berbanding tahun sebelumnya hanya 3 pilihan model sahaja.

Siri iPhone 12 dan iPhone SE 2020 mungkin adalah faktor utama kenapa penjualan iPhone semakin meningkat dari tahun sebelumnya kerana permintaan yang sangat tinggi walaupun dunia menghadapi situasi pandemik.

Namun secara keseluruhan pada tahun 2020, Samsung dilihat meneraju pasaran dan diikuti Apple di tempat ke-2, Huawei, Xiaomi, Oppo dan lain-lain. 

Terkesan akibat larangan Huawei bekerjasama dengan Google, Huawei dilihat semakin merudum dan memberi kesan pada penjualan telefon pintar syarikat itu sendiri. Malah, jatuh di tempat ke-3 di bawah Apple.

ARTIKEL BERKAITAN