Close

Apple melabur RM14.5 billion pada Kia Motors untuk menghasilkan Apple Car

Apple sentiasa membawakan inovasi dalam teknologi, tidak hairanlah jika terdapat laporan mengatakan yang Apple merancang untuk melabur $3.6 billion (RM14.5 billion) di Kia Motors sebagai sebahagian daripada perkongsian pembuatan yang dirancang antara kedua-dua syarikat.

Bloomberg turut melaporkan yang Apple dan Kia dikatakan menjalankan hubungan pengeluaran yang akan menyaksikan Kia bakal membina Apple Car di Georgia yang terletak di Amerika Syarikat.

Apple dijangka menandatangani perjanjian dengan Kia pada 17 Februari, yang membolehkan Apple  memperkenalkan Apple Cars pada tahun 2024. Apple dan Kia menyasarkan sebanyak 100,000 kenderaan dapat dihasilkan setiap tahun.

 Pada awal Januari, Korea IT News juga melaporkan bahawa kenderaan elektrik yang dikeluarkan oleh Apple berkemungkinan akan dibuat di kilang Kia’s yang terletak di Georgia. 

Penganalisis Apple Ming-Chi Kuo mengatakan bahawa Apple merancang untuk bekerjasama dengan Hyundai dan akan menggunakan platform kenderaan elektrik bateri E-GMP Hyundai bagi casis pertama Apple Cars.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN