Close

Apple menawarkan baikpulih percuma untuk Apple Watch Series 5 dan Watch SE yang mengalami isu ‘Power Reserve Mode’

 

Apple kini menawarkan baikpulih secara percuma kepada pemilik Apple Watch yang mengalami masalah Power Reserve Mode pada Apple Watch 5 dan juga Watch SE.

Apple telah mengumumkan bahawa terdapat sebilangan pemilik Apple Watch 5 dan Watch SE mengalami masalah yang menghalang jam tangan pintar mereka untuk dicas semula sebaik sahaja ia memasuki Power Reserve Mode.

Kerana permasalahan itu, Apple telah memberikan kemaskini WatchOS 7.3.1 sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut. Namun, terdapat juga pengguna yang tidak dapat mengemas kini kerana sudah menghadapi masalah tersebut dan akan ditawarkan baikpulih secara percuma.

Apple turut memberikan beberapa langkah kepada pengguna untuk mengetahui adakah Apple Watch mereka mengalami masalah tersebut dengan mengecas dan biarkan selama 30 minit. Atau memeriksa versi WatchOS pada aplikasi Watch di iPhone atau aplikasi tetapan Apple Watch dengan pergi ke General dan tekan About.

Pemilik yang mengalami masalah ini dinasihatkan menghubungi Apple Support untuk mendapatkan baikpulih secara percuma. Seperti kebiasaan, baikpulih percuma akan diberikan kepada yang layak sahaja.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN