Telefon pintar dengan skrin yang boleh dilipat telah dipopularkan oleh Samsung dengan Galaxy Fold dan Huawei dengan Mate Xs, dengan masing-masing mempunyai keunikanya yang tersendiri.
Terkini, terdapat laporan bahawa Apple mungkin akan perkenalkan iPhone dengan skrin boleh lipat pertama mereka.
Selain itu, laporan turut menyatakan Apple akan memperkenalkan iPhone dengan skrin boleh lipat yang bersaiz sekitar 7.3" ~ 7.6" dengan panel OLED yang dijangka akan diperkenalkan seawal tahun 2023 kelak.
Namun, setakat ini tiada maklumat rasmi dari Apple tentang hal ini.