Close

Ini adalah rekaan sebenar ASUS ROG Phone 5 – Bicu audio 3.5mm juga dikembalikan

ASUS telah pun mengumumkan acara pelancaran bagi Asus ROG Phone pada 10 Mac ini. Lima belas hari lagi menuju pelancaran, namun DxOMark sudah pun menjalankan ujian audio dan juga menunjukkan rekaan ASUS ROG Phone 5.

Dari ujian yang dijalankan, ASUS ROG Phone 5 mendapat markah keseluruhan 79. Yang mana ujian ini dilakukan dalam dua kategori playback dan juga recording. Dalam ujian playback ROG Phone 5 mendapat 78 dan ujian recording 79.

Dengan markah keseluruhan 79 ia menjadikan ROG Phone 5 menduduki tempat pertama memintas Xiaomi Mi 10 Pro dengan markah keseluruhan 76. 

DxOMark turut menyatakan yang ROG Phone 5 akan dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm DAC dan masih mengekalkan front facing speaker.

Spesifikasi lain bagi ASUS ROG Phone 5, Snapdragon 888, RAM sehingga 16GB, bateri dua sel 6,000mAh dan paparan OLED 6,78 inci.

Rekaan ASUS ROG Phone 5 turut diperlihatkan, yang mana terdapatnya skrin sekunder pada panel belakang yang mungkin akan digunakan sebagai paparan notifikasi atau . Masih menggunakan tetapan tri-kamera seperti pada ROG Phone 3.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN