Close

BlackBerry akan hadir dengan fon yang mempunyai papan kekunci klasik bersama rangkaian 5G

 

Sebelum ini, kerjasama antara BlackBerry dan TCL telah pun berakhir tahun lalu. Dan Blackberry hanya memerlukan beberapa bulan sahaja sebelum di ambil alih oleh OnwardMobility.

Seterusnya mengumumkan yang mereka merancang akan menjual peranti dengan jenama BlackBerry pada tahun 2021. CEO Peter Franklin mengesahkan bahawa syarikatnya berada di landasan yang betul untuk menghasilkan rancangan tersebut.

Peranti yang bakal dilancarkan itu akan mengekalkan identiti Blackberry yang hadir dengan papan kekunci klasik dan menyokong rangkaian 5G.

OnwardMobility telah bekerjasama dengan Foxconn dalam menghasilkan model pertama mereka. Peranti ini akan pasarkan di Amerika Utara, Eropah dan juga Asia.

Fokus utama peranti BlackBerry yang terbaru ini adalah mengenai keselamatan. Yang mana Onward akan memanfaatkan pengalaman BlackBerry selama beberapa dekad dalam membangun perkhidmatan komunikasi yang selamat.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN