Filem Spider-Man seterusnya bertajuk Spider-Man : No Way Home - FUZZ.MY

Thursday, February 25, 2021

Filem Spider-Man seterusnya bertajuk Spider-Man : No Way Home


Baru-baru ini pelbagai spekulasi dan kecelaruan tentang tajuk filem Spider-Man terbaru yang akan dilakonkan oleh Tom Holland sebagai Peter Parker (Spider-Man), Zendaya sebagai MJ dan Jacob Batalon sebagai Ned Leeds.


Dalam pengumuman terbaru, filem tersebut akan menggunakan tajuk Spider-Man : No Way Home yang akan mula ditayangkan pada 17 Disember 2021.



Mengikut dari ura-ura yang tersebar sebelum ini dan tajuk yang digunakan, filem Spider-Man terbaru ini dikatakan akan membawakan konsep multi-verse yang membawakan watak-watak lama dalam filem Spider-Man sebelumnya seperti Electro yang pernah dilakonkan oleh Jamie Foxx dan Doctor Octopus yang pernah dilakonkan oleh Alfred Molina.



Pelakon Spider-Man sebelum ini iaitu Tobey Maguire dan Andrew Garfield juga dikhabarkan akan hadir dalam filem terbaru ini. Namun, Tom Holland menidakkan dakwaan itu. Jika benar, ia pastinya akan jadi lebih menarik. Apa pun, sama-sama kita nantikan pada hujung tahun ini.