Close

Google bakal bawakan fungsi membaca kadar denyutan jantung dan pernafasan pada Google Pixel


Google
bakal membawakan beberapa ciri baru yang sangat menarik pada aplikasi Fit untuk Google Pixel. Yang mana ia boleh mengukur kadar degupan jantung dengan meletakkan jari di kamera belakang.

Ia berfungsi dengan mengesan perubahan warna ketika darah bergerak ke hujung jari. Dan untuk mengukur kadar pernafasan pula ia menggunakan kamera swafoto, yang memerlukan pengguna meletakkan badan di dalam frame dan kemudian bernafas.

                                       

Perisian ini akan memantau kenaikan dan penurunan dada dan akan menyimpulkan kadar pernafasan. Pengurus produk Kesihatan Google turut menjelaskan yang doktor juga mengira kadar pernafasan pesakit dengan cara yang sama, dan teknik itu akan ditiru oleh pembelajaran mesin.

Menurut kajian dalaman Google, kadar pernafasan yang tepat adalah satu nafas per minit, dalam keadaan sihat ataupun tidak dengan bacaan degupan jantung yang tepat dalam 2%. Ciri-ciri tersebut turut diuji kepada pelbagai warna kulit, dan mendapat ketepatan yang serupa.

Fungsi ini mungkin juga akan digunakan pada peranti bukan Pixel, tetapi Google perlu melihat dan mengkaji sejauh keberkesanan fungsi ini pada peranti lain.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN