Close

Google lancarkan Android 12 versi pembangun untuk Google Pixel

Google hari ini mengumumkan Android versi baru iaitu Android 12 yang mana ia adalah versi pembangun. Versi pembangun kali ini dilancarkan lebih awal untuk memberikan lebih masa kepada pembangun untuk memberikan maklum balas dan kemaskini aplikasi mereka.

Android 12, secara khusus dibina menfokuskan kepada privasi, pengalaman pengguna yang lebih baik, dan juga prestasi yang lebih lancar. Beberapa fungsi baru juga turut di tambah seperti sokongan imej dan video dalam format AVIF untuk kualiti media yang lebih tinggi tanpa memerlukan storan yang besar.

Selain itu, notis pemberitahuan juga mendapat reka bentuk dan juga susun atur yang membolehkan lebih banyak maklumat dipaparkan. Dan peralihan animasi juga telah ditambah baik menjadikan ia lebih lancar.

Android 12 turut menjanjikan akan lebih banyak bahagian OS dapat dikemas kini melalui Google Play (Project Mainline), dengan modul Android Runtime (ART).

Buat masa ini, Android 12 versi pembangun ini boleh di kemaskini secara manual untuk peranti Google Pixel 3 / 3XL, 3A / 3AXL, 4 /  4XL , 4A , 4A 5G dan juga Pixel 5.

Android 12 ketika ini merupakan pratonton yang pertama, akan lebih banyak tambah baik dan juga fungsi baru akan diperkenalkan kelak. Untuk versi stabil ia dijangka akan dilancarkan pada Oktober nanti.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN