Close

Google Pixel 5 hanya mendapat 74 markah pada ujian paparan dan 13 markah di belakang Vivo X51

Kita sedia maklum yang DxOMark merupakan salah satu penanda aras yang terkenal dalam memberikan markah pada kemampuan kamera. Namun, DxOMark kini menambah lagi satu ujian iaitu ujian paparan.

Buat masa ini, Samsung Galaxy Note 20 Ultra merupakan peranti dengan kualiti paparan terbaik di pasaran dengan 90 markah. Dan hari ini, DxOMark telah memuatnaik skor paparan untuk Google Pixel 5. Yang mana skor untuk Google Pixel 5 adalah sangat rendah iaitu hanya 74 markah.

Dengan hanya mendapat 74 markah, Google Pixel 5 dilihat tewas kepada peranti Vivo X51 yang dilancarkan sekitar masa yang sama dengan Pixel 5 tetapi medapat markah yang lebih tinggi. 

Kedua-dua peranti menggunakan FHD+ AMOLED dengan paparan 90Hz namun Vivo X51 mendapat markah keseluruhan 87 yakni 13 markah di hadapan Google Pixel 5.

Google Pixel 5 bukanlah peranti premium Google yang jelas lagi nyata selepas Google tidak lagi berminat untuk menghasilkan peranti mewah. Google Pixel 5 hadir dengan cip Snapdragon 765 5G merupakan cip kelas pertengahan.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN