Close

HP bakal ambil alih HyperX dengan nilai $425 juta

HP mengumumkan yang mereka merancang untuk memperoleh HyperX. Bagi yang tidak mengetahui tentang HyperX, adalah sebahagian dari Kingston Technology terkenal dalam produk permainan seperti keyboards, headsets, mice, microphones, termasuklah modul memori untuk komputer desktop dan komputer riba permainan.

Pengambilalihan itu akan juga akan membantu syarikat memperkuat strateginya untuk mendorong pertumbuhan perniagaannya, di mana permainan dan periferal adalah segmen yang menarik.

HP turut mempunyai beberapa porfolio permainan sendiri seperti komputer riba di bawah siri Omen dan Pavillion serta beberapa periferal permainan.

Hatta, HP percaya bahawa permainan PC akan terus menjadi bentuk permainan video yang paling popular dan dijangka bernilai $ 70 bilion pada tahun 2023. Dan pasaran periferal global dijangka berkembang menjadi $ 12.2 bilion pada tahun 2024.

HyperX adalah peneraju dalam segmen periferal permainan yang teknologinya dipercayai oleh pemain di seluruh dunia, dan kami sangat gembira untuk menyambut pasukan mereka yang luar biasa ke keluarga HP. 

Seperti yang diumumkan, HP akan membayar $425 juta untuk mengambil alih portfolio HyperX yang dijangka akan diselesaikan pada suku kedua 2021.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN