Close

Huawei Mate X2 rasmi dilancarkan dengan harga lebih RM11,000

Huawei hari ini telah melancarkan peranti dengan skrin boleh dilipat terbaru mereka iaitu Huawei Mate X2 dengan pembaharuan dari segi rekaan yang dilihat lebih menarik dari model Mate X sebelumnya.

Rekaan yang digunakan juga sinonim dengan Samsung Galaxy Fold yang mempunyai 2 bahagian skrin iaitu dalam dan juga bahagian luar. Mate X2 hadir dengan skrin OLED bersaiz 7.6-inci (dalam) dan 6.45-inci (luar) bersama paparan 90Hz pada kedua-dua bahagian skrin.

Manakala bahagian kamera, dilengkapi dengan kuad-kamera 50MP (utama),  16MP (ultra sudut lebar), 12MP (telefoto) dan 8MP (SuperZoom) yang juga turut mempunyai 10x optikal zum. Bahagian skrin luar pula mempunyai kamera swafoto 16MP. Namun, tiada kamera swafoto pada skrin bahagian.

Huawei Mate X2 juga didatangkan dengan cip pemproses Kirin 990 dan sistem operasi EMUI 11.0 berdasarkan Android 10 dan Huawei juga turut mengatakan bahawa Mate X2 antara fon terawal yang akan dikemaskini kepada sistem operasi HarmonyOS yang bermula pada bulan April ini.

Ia akan dijual di China pada 25 Februari ini dengan harga bermula CNY 17, 999 (RM11,249) untuk 256GB storan dan CNY 18,999 (RM11,874) untuk 512GB .

ARTIKEL BERKAITAN