Close

Imej rekaan Perodua Ativa tertiris sebelum pelancarannya

Perodua Ativa adalah kereta SUV segmen-A yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 3 Mac ini yang dikatakan akan mempunyai teknologi paling canggih sekali dari segi keselamatan, keselesaan dan lebih praktikal jika dibandingkan dengan kereta Perodua yang lain.

Bukan itu sahaja, Perodua Ativa juga akan menjadi kereta Perodua pertama dengan enjin 1.0L Turbo dan transmisi D-CVT yang akan dijual dengan harga sekitar RM65 ~ RM73K untuk pasaran Malaysia tidak termasuk insurans. 

Dalam masa yang sama, terdapat imej Perodua Ativa berwarna merah yang telah tertiris dipercayai adalah varian AV dengan penambahan kit aksesori Gear Up pada bahagian bumper depan dan juga belakang bersama dwi-tona warna merah dan juga hitam pada bahagian bumbung.

Manakala bahagian dalam, terdapatnya rekaan yang premium, stereng yang bersalut kulit bersama skrin sesentuh yang bersaiz 9-inci yang dikatakan akan turut hadir dengan teknologi ‘Voice Recognition’ seperti Proton X50. 

(Sumber : Group Facebook Perodua Ativa)

ARTIKEL BERKAITAN