Kerentanan itu disahkan oleh pelbagai sumber di Twitter yang mana jailbreak tersebut boleh digunakan pada iOS 14 hingga iOS 14.3. Selain itu, ia turut boleh digunakan pada semua peranti dengan cip Apple A12 dan ke atas, termasuklah iPad.
Penyelidik keselamatan turut mengesahkan bahawa kerentanan ini disebabkan oleh zero-day vulnerability yang belum di selesaikan oleh Apple. Penggodam yang berjaya menemui kerentanan mendakwa ia boleh menimbulkan risiko keselamatan yang besar pada semua pengguna peranti Apple di seluruh dunia.
Oleh kerana risiko keselamatan, penggodam tidak merancang untuk melepaskan jailbreak tersebut secara umum. Sumber mengatakan yang kerentanan itu melibatkan perkakasan, yang menyebabkan Apple tidak dapat menyelesaikannya dengan kemas kini perisian.