Close

iPhone 13 mungkin akan menjadi iPhone pertama hadir dengan fungsi Always On Display

Pelbagai maklumat mengenai siri iPhone 13 telahpun tertiris, seperti akan menggunakan nama iPhone 12S dan bukan iPhone 13, membawakan fungsi kamera baru, dan juga menawarkan semula fungsi Touch ID.

Namun terdapat maklumat baru mengenai iPhone 13, yang mana ia bakal menjadikan iPhone 13 yang pertama hadir dengan fungsi Always On Display. Buat pengguna yang tidak mengetahui fungsi ini. Fungsi Always On Display akan memaparkan info ringkas walaupun skrin dalam keadaan mati.

Apple sebelum ini telah pun membawakan fungsi ini kepada Apple Watch pada 2019 iatu pada Apple Watch siri 5. Dan iPhone 13 bakal menjadi yang pertama hadir dengan fungsi ini.

Maklumat yang diperoleh dari Max Weinbanch yang merupakan salah satu sumber yang boleh dipercayai dalam meramal perincian produk Apple yang akan datang. Max Weinbanch turut berkongsi maklumat dengan saluran Youtube popular iaitu EverythingApplePro.

Walaupun siri iPhone 13 lambat lagi akan dilancarkan tetapi sudah banyak maklumat yang bocor mengenainya. Ia pasti membuatkan peminat jenama ini semakin tidak sabar untuk melihat apa yang bakal dibawakan Apple pada iPhone 13 atau iPhone 12S.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN