Close

iPhone 13 Pro bakal hadir dengan storan sehingga 1TB dan harga jualan dianggarkan melebihi RM8,000

Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa khabar angin dan spekulasi mengenai siri iPhone 13 yang akan datang. Terdapat juga spekulasi yang menyatakan Apple akan menggantikan iPhone 13 kepada iPhone 12S dan spekulasi yang iPhone 13 tidak akan menggunakan Face ID.

Dan ada satu spekulasi yang menarik untuk dibincangkan, iaitu varian iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max bakal hadir dengan storan 1TB. Yang mana ia bakal menjadi storan paling besar yang dikeluarkan oleh Apple. Setakat ini storan paling besar pada iPhone adalah 512GB pada model 12 Pro Max.

Di China setiap kenaikan memori bagi 128GB adalah sekitar 800 yuan (RM500). Dan harga jualan untuk peranti dengan storan 1TB di A.S adalah sekitar $1699 (RM6,871). Dan untuk harga iPhone 13 Pro di China dianggarkan lebih dari 14,000 (RM8,765).

(sumber)

 

ARTIKEL BERKAITAN