Close

Kamera Google Pixel mengalami masalah tidak boleh berfungsi oleh ramai pengguna

Sebut saja Google Pixel, perkara pertama yang terlintas adalah keupayaan kamera yang mampu menghasilkan imej yang cukup cantik. Namun, baru-baru ini ramai pengguna yang mengadu terdapat permasalahan kamera tidak berfungsi pada Google Pixel.

Permasalahan yang dihadapi oleh pengguna ini membuatkan penilaian aplikasi Google Camera di Play Store mendapat 1 bintang sahaja dan banyak aduan dikongsikan oleh pengguna. Malah, laman sokongan Google Pixel juga turut melaporkan isu yang sama.

Aduan yang dibuat oleh pengguna makin hari makin bertambah. Walaupun pelbagai cara cuba dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini, ia masih tidak dapat diselesaikan dan masih bermasalah tidak berfungsi.

Bukan sahaja Pixel 2, tapi Pixel 3 dan Pixel 4a juga turut mengalami isu yang sama pada kamera dan solusi juga turut diberikan oleh pihak Google. Namun, isu ini masih belum dapat diselesaikan oleh pengguna lain.

Adakah anda menghadapi masalah yang sama?

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN