Close

Komputer Apple 1 dijual dengan harga RM6 juta di eBay

Komputer Apple I yang dibina oleh Steve Jobs dan Wozniak dijual dengan tanda harga yang tidak masuk akal di eBay iaitu pada harga $1.5 juta (RM6 Juta). Selain dibina sendiri oleh Steve Jobs dan Wozniak Komputer Apple I ini turut mempunyai ciri-ciri yang unik.

Seperti yang dilaporkan oleh IGN, komputer Apple I ini merupakan satu dari enam komputer dengan kotak kayu Byte Shop KOA yang asli dan juga dengan motherboard NTI yang tidak diubah suai.


 Perkara lain yang menjadikan Apple I ini sangat istimewa adalah ia masih dalam keadaan berfungsi, yang mana ia sangat jarang berlaku untuk komputer itu pada masa ini.

Terdapat juga laporan yang menunjukkan Apple I ini adalah salah satu dari 50 unit pertama yang di bina sendiri oleh  Steve Jobs dan Wozniak. Namun, ada dua perkakasan yang diganti iaitu penyambung video dan papan kekunci tetapi itu tidak menjadikan komputer vintaj ini kurang menarik.

Pemilik kepada Apple I menyatakan yang dia memperolehnya pada tahun 1978 sebagai sebahagian dari pertukaran untuk Apple II baru di Montreal, Kanada. Apple I adalah produk pertama yang diumumkan oleh Apple pada tahun 1976 dan dijual pada harga RM2,694 pada masa itu.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN