Close

LG Display sedang membangunkan paparan skrin yang boleh dilipat untuk Apple

Sebelum ini sudah ada ura-ura mengatakan yang Apple bakal melancarkan peranti dengan paparan boleh dilipat tidak lama lagi. Nampaknya Apple tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan peranti dengan skrin yang boleh dilipat.

Laporan dari media Taiwan iaitu DigiTimes mengatakan bahawa Apple telah menugaskan LG Display untuk mengembangkan panel yang boleh dilipat untuk digunakan pada iPhone.

 LG Display, bertanggungjawab dalam pengembangan dan pembuatan panel paparan boleh dilipat, yang kini sudah dalam prototaip. Namun perkara ini belum disahkan sama ada iPhone pada masa akan datang menggunakan OLED boleh lipat dari LG atau beralih kepada pembuat lain selepas reka bentuk akhir selesai.

Laporan awal mendedahkan yang Apple merancang untuk melancarkan iPhone dengan paparan boleh lipat pada 2023, yang lengkap dengan sokongan Apple Pencil. Ini meletakkan Apple berada empat tahun di belakang Huawei, Samsung dan Motorola yang melancarkan peranti boleh lipat pada 2019.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN