Close

Lima pekerja Huawei dipecat kerana sebarkan berita palsu


Huawei
sedang melalui fasa yang amat sukar, yang mana Huawei sedang berjuang dalam perniagaan mereka sejak diletakkan dalam senarai larangan oleh Amerika Syarikat. Sejak kebelakangan ini, banyak laporan palsu mengenai Huawei yang mana ia mempengaruhi reputasi mereka.

Untuk melindungi reputasi mereka, Huawei telah menyelidik dan mencari sumber dalam untuk mencari penyebar berita palsu. Menurut laporan, Huawei telah mengemukakan laporan kepada polis Shenzhen berkenaan kepada pihak yang menyebarkan berita palsu. 

Hasil siasatan, menunjukkan bahawa beberapa pekerja Huawei sendiri adalah sebahagian daripada penyebar berita palsu.Oleh yang demikian, Huawei bertindak memecat pekerja yang terlibat dalam menyebarkan berita palsu.. 

Pihak pengurusan Huawei turut mengeluarkan peringatan keras kepada pekerja lain yang mungkin berniat untuk melakukan perkara yang sama. Huawei turut mengatakan yang mereka tidak teragak-agak untuk memecat pekerja yang terlibat dalam menyebarkan berita palsu.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN