Close

Nubia Red Magic 6 akan dilancarkan pada 4 Mac ini

 

Telah banyak maklumat yang bocor mengenai Nubia Red Magic 6 sejak tahun lalu, dan hari ini, Naib Presiden Syarikat iaitu Mr. Ni Fei mengesahkan yang Red Magic 6 akan dilancarkan pada 4 Mac ini di China iaitu pada hari yang sama Realme melancarkan GT 5G. Tetap waktu pelancaran yang berbeza.

Melalui dari poster yang dikongsikan, Nubia Red Magic 6 dijangka akan hadir dengan membawakan empat teknologi terpantas pada Nubia Red Magic. Yang mana terdapat empat ikon di bawah kereta lumba, yang kemungkinan menggambarkan paparan dengan kadar segar yang tinggi, pengecasan super pantas, respon kadar sentuhan yang lebih baik, dan juga kipas penyejuk untuk prestasi berterusan.

Nubia Red Magic 6 mungkin akan hadir dengan varian pro yang akan menggunakan pengecasan pantas 120W dengan bateri 4500mAh. Dan untuk varian bukan pro akan menggunakan pengecasan pantas 66W.

Hari pelancaran akan tiba dalam masa dua minggu lagi, akan lebih banyak maklumat mengenai Nubia Red Magic 6 akan tertiris sehingga sehari sebelum pelancaran.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN