Close

Nubia Red Magic 6 mungkin akan membawakan norma baru paparan dengan kadar segar semula 160Hz

Jika anda perasaan, beberapa tahun kebelakangan ini kebanyakkan peranti kini hadir dengan paparan kadar segar yang tinggi. Dan ia bukanlah sesuatu  perkara yang baru kerana peranti kelas pertengahan juga sudah menggunakannya.

Buat masa ini ada tiga paparan dengan kadar segar yang tinggi yang ada dipasaran iaitu 90Hz, 120Hz dan juga 144Hz. Dan kita mungkin bakal lihat paparan dengan kadar segar yang baru iaitu 160Hz.

Menurut Presiden Nubia Ni Fei, Nubia Red Magic 6 akan menyertakan paparan dengan kadar segar yang baru dan bakal menjadi yang pertama menggunakannya. Namun tiada nilai tepat yang dilaporkan, tetapi ia mungkin bercakap tentang paparan 160Hz.

Nubia sebelum ini secara rasmi mengesahkan yang Nubia Red Magic 6 bakal menggunakan Snapdragon 888, bateri 4500mAh dan pengecasan ultra pantas 120W

Selain itu, reka bentuk dan juga sistem penyejukan menerima beberapa perubahan. Pada segi reka bentuk ia tampak lebih unik dan untuk sistem penyejukan pula kecekapan telah di tambahbaik bukan sahaja untuk permainan tetapi juga dalam proses pengecasan pantas 120W.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN