Close

Oppo mempatenkan kamera swafoto yang boleh meluncur ke sisi

 

Gambar : LetsGoDigital
Pada tahun 2013, Oppo telah pun mengeluarkan peranti dengan kamera swafoto yang bergerak iaitu pada model N1. Seterusnya pada model Find X dan juga model zoom Reno 10x dengan rekaan sharkfin. 
Jadi, kamera swafoto yang bergerak adalah tidak asing bagi Oppo. Walaupun berpegang kepada reka bentuk yang konvensional, namun Oppo tetap mempertimbangkan beberapa idea yang lebih menarik untuk kamera swafoto.

Melalui laporan dari LetsGoDigital, Oppo dikatakan telah mempatenkan kamera swafoto yang boleh meluncur ke sisi kanan dan kiri.

Paten yang mempunyai 33 halaman itu memperincikan bagaimana cara ia berfungsi. Yang membawakan idea menangkap gambar swafoto dari sudut yang berbeza. Sensor kamera dipasang pada blok dari satu hujung ke hujung dan terdapat motor kecil yang melakukan kerja tersebut apabila kamera swafoto diaktifkan melalui aplikasi khusus.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN