Pengasas Nothing ambil alih Essential - FUZZ.MY

Tuesday, February 16, 2021

Pengasas Nothing ambil alih Essential

Akhir bulan lalu, Pengasas bersama OnePlus iaitu Carl Pei telah mengumumkan syarikat permulaan barunya selepas meninggalkan OnePlus. Syarikat dengan nama "Nothing" atau "Nothing Technologies Limited" turut merancang untuk melancarkan TWS pertama tidak lama lagi.


Melalui laporan dari 9to5Google, CEO Essential iaitu Andy Rubin dikatakan telah pun memindahkan hak milik aset jenama Essential  kepada Carl Pei Nothing Technologies Limited.


 Pemindahan hak milik tersebut telah pun diselesaikan pada 6 Januari 2021, yang telah difailkan pada 11 November 2020 tahun lalu. Yang merangkumi semua tanda dagang, logo, dan jenama lain Essential.



Essential di asaskan oleh Andy Rubin selepas meninggalkan Google, yang juga merupakan pencipta kepada Android. Essential sebelum ini pernah menghasilkan fon model PH1 yang satu-satunya produk Essential yang dibawa ke pasaran. Kegagalan Essential adalah di sebabkan salah laku Rubin semasa bekerja di Google.




Penglibatan semula jenama Essential dalam arena ini menjadikan ia bertambah menarik. Walaupun buat masa ini kita masih tidak jelas dengan apa yang akan dilakukan Carl Pei dengan jenama Essential. Sama-sama kita nantikan.


(sumber)