Close

Pengguna Apple Watch kini mencecah 100 juta

Pengguna Apple Watch kini telah mencecah kepada 100 juta. Data yang di peroleh melalui analisis Above Avalon mengatakan 100 juta unit Apple Watch telah di hantar keseluruh dunia, walaupun dengan hanya 10% pengguna iPhone yang aktif, ia adalah sekitar 1 billion pengguna yang menggunakannya.

Appe Watch pertama dilancarkan adalah pada tahun 2015 dan ia kekal menjadikan produk termahal dalam kategorinya selepas itu. 

Tahun 2020 merupakan tahun terbaik bagi Apple Watch kerana Apple menghantar kira-kira 30 juta unit, iaitu lebih banyak dari tahun sebelumnya 2015, 2016 dan 2017.

Pasaran Amerika Syarikat adalah pasaran yang paling cepat berkembang dalam menggunakan gaya hidup pintar, dengan 35% pengguna iPhone menggunakan Apple Watch. Di peringkat global pula, Apple Watch menduduki tempat keempat dalam senarai produk terlaris Apple berada di belakang iPhone, iPad dan juga Mac.

Walaupun Apple Watch kini telah mencecah 100 juta pengguna, tetapi Apple Watch masih mempunyai ruang untuk berkembang dalam kalangan pengguna iPhone.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN