Close

Perodua D55L dibuka untuk tempahan dengan harga bermula RM62K

Gambar : The Ajerul.

Sebelum ini kita sudah banyak dengar tentang kereta SUV kompak terbaru yang bakal dikeluarkan oleh Perodua yang akan membawakan model Daihatsu Rocky yang dijenamakan semula untuk pasaran Malaysia dan digelar sebagai Perodua D55L.

Terkini, Perodua telah mengumumkan bahawa kereta tersebut telah dibuka untuk tempahan dengan harga bermula RM62K sehingga RM73K tidak termasuk insurans. Terdapat juga 3 pilihan varian untuk pasaran Malaysia iaitu X, H dan AV.

Perodua D55L dilihat memfokuskan kepada SUV Segmen-B kompak dengan enjin 1.0L Turbo yang berkuasa 97hp @ 6000rpm dan 140Nm tork @ 2400rpm ~ 4000rpm bersama transmisi CVT dengan kecekapan bahan api 18.9 KM/liter.

Selain itu, terdapat juga ciri keselamatan seperti ASA 3.0, Lane Departure Warning & Prevention, Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert, Adaptive Cruise Control dan pelbagai lagi. 

(Sumber

ARTIKEL BERKAITAN