Close

Redmi K40 bakal menyokong kualiti audio yang lebih baik dengan dwi Hi-Res

Sebelum ini telah tertiris beberapa info mengenai spesifikasi penting pada Redmi K40. Dan hari ini, Redmi telah mengeluarkan satu lagi info mengenai apa yang bakal Redmi K40 bawakan.

Redmi K40 dikatakan menyokong Dolby Atmos yang dapat menghilangkan crosstalk dan juga mensimulasikan kesan bunyi di sekelilingnya. Dari teaser yang ditunjukkan, Redmi K40 turut mempunyai pensijilan audio tanpa wayar resolusi tinggi Hi-Res baru. 

Ia sekaligus memberitahu yang Redmi K40 mempunyai resolusi audio yang lebih tinggi, julat dinamik yang lebih besar, dan tindak balas frekuensi yang lebih besar. Dan memberikan pengalaman audio tanpa wayar lebih baik.

Kebiasaanya Persijilan Hi-Res hanya terdapat pada pemain muzik DAP (Digital Audio Player) dan juga alat dengar HiFi. Yang mana standard ini telah dimulakan oleh Sony. Yang mana terdapat piawaian yang ditetapkan seperti fail audio harus melebihi kualiti suara CD, seperti 24bit / 192kHz. Dan parameter peranti untuk playback audio juga perlu memenuhi syarat tertentu.

Redmi K40 dijangka hadir dalam dua varian, dengan varian Pro akan menggunakan Snapdragon 888 dan Snapdragon 870 untuk bukan pro. Harga jualan sekitar RM1,877 ($464) untuk versi pro dan RM1,254 ($310) untuk bukan pro.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN