Close

Redmi K40 dan K40 Pro akan dilancarkan pada 25 Februari dengan harga jualan sekitar RM1,888

Redmi bakal melancarkan siri baru mereka iaitu Redmi K40 dan Redmi K40 Pro bagi menggantikan siri Redmi K30. Siri baru Redmi ini dijangka akan dilancarkan pada 25 Februari 2021.

Kedua-dua varian bakal hadir dengan skrin AMOLED 6.81 inci dengan resolusi 1440P+. Ia turut menggunakan panel yang sama pada Mi 11 iaitu Samsung E4 yang turut menyokong paparan 120Hz dan juga kandungan HDR10+.

Perbezaan bagi Redmi K40 dan juga Redmi K40 Pro adalah pada cipnya, untuk K40 Pro ia menggunakan Snapdragon 888 sementara K40 hadir dengan Snapdragon 870 yang merupakan versi Overclock Snapdragon 865.

Untuk kapasiti RAM, versi Pro ia menawarkan RAM sehingga 12GB dengan pilihan storan sehingga 512GB. Kapasiti bateri versi Pro pula adalah 5,000 mAh berbanding 4,500 mAh untuk K40.

Kamera utama kedua-dua fon adalah 108 MP, tetapi untuk versi Pro ia hadir dengan kamera ultra lebar atau tele yang berbeza. Untuk versi Pro mungkin akan menggunakan 13 MP  dan 5 MP, dan K40 8 MP dan 5 MP. Kedua-dua fon menggunakan kamera swafoto 30 MP.

Untuk harga jualan, Redmi K40 Pro akan dijual pada harga RM1,888, dan Redmi K40 dijual dengan harga  yang lebih murah berbanding Redmi K40 Pro.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN