Close

Rekaan Google Pixel 5a tertiris – Kitar semula rekaan Google Pixel 4a


Google dijangka bakal melancarkan satu lagi peranti dengan harga berpatutan tidak lama lagi. Sebelum ini Google telah pun hadir dengan dua varian untuk peranti dengan harga berpatutan iaitu Pixel 4a dan juga Pixe 4a 5G.


Google Pixel 5a adalah peranti seterusnya yang akan dilancarkan dan telah ada beberapa render awal imej Google Pixel 5a tertiris. Walaupun agak sukar untuk membezakan di antara Pixel 4a atau Pixel 5a oleh kerana mempunyai bahasa rekaan yang hampir sama.

Ukuran saiz bagi Google Pixel 5a adalah di antara Pixel 4a dan Pixel 4a 5G. Menggunakan binaan unibody atau mungkin plastik. Skrin OLED berukuran 6.2 inci dengan FHD, bezel dibahagian atas tampak lebih nipis berbanding bezel dibahagian bawah yang sedikit tebal dan menggunakan kamera swafoto jenis “punch hole” di atas sebelah kiri. 

Untuk rekaan belakang jika dilihat sama seperti pada Google Pixel 4a 5G dengan kedudukan kamera dan juga menggunakan tetapan dwi kamera. Masih mengekalkan bicu audio 3.5mm, sensor cap jari dibelakang dan juga pembesar suara jenis stereo.

Walaupun begitu ia masih terlalu awal untuk menyatakan ia rekaan sebenar Google Pixel 5a. Masa akan menceritakan semuanya berkenaan peranti baru dari Google ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN