Close

Samsung Galaxy M62 dengan bateri 7000mAh akan memasuki pasaran Malaysia pada 3 Mac ini

Samsung pada minggu lalu telah mengumumkan Galaxy F62 yang hadir dengan bateri sebesar 7000mAh buat pasaran India. Dalam masa yang sama, ia juga akan masuk pasaran Malaysia pada 3 Mac ini yang akan dijenamakan sebagai Galaxy M62.
Jika merujuk pada poster rasmi Galaxy M62, selain dari bateri yang besar, rekaannya juga dilihat berlainan dari Samsung Galaxy yang kita pernah lihat sebelum ini dengan tona warna yang berbeza pada panel belakang yang melengkung.
Mempunyai kuad-kamera, skrin AMOLED 6.7-inci FHD, dikuasakan dengan cip pemproses Exynos 9825 bersama 6GB RAM dan 128GB storan. Apa pun, sama-sama kita nantikan pada 3 Mac ini. 

ARTIKEL BERKAITAN