Close

Samsung kini menawarkan kemaskini keselamatan sehingga 4 tahun


Samsung
 mengumumkan akan memberikan sekurang-kurangnya empat tahun kemaskini keselamatan pada semua peranti Samsung Galaxy. Yang merangkumi puluhan peranti, termasuk siri Galaxy S10, siri Galaxy Note 10 dan juga Galaxy Fold.

Samsung sangat komited dalam menawarkan pengalaman mudah alih yang terbaik dan paling selamat kepada pengguna mereka, dan sentiasa mengoptimumkan keselamatan produk dan perkhidmatanya.

Samsung akan memberikan kemaskini keselamatan bulanan untuk dua tahun pertama, dan kemudian memberikan kemaskini pada setiap suku tahun selepas itu. Seterusnya memberikan kemaskini keselamatan biasa pada tahun keempat. Yang bermaksud satu atau dua kemaskini akan diberikan dalam tempoh 12 bulan.

Berikut adalah senarai peranti yang layak untuk kemas kini keselamatan selama empat tahun:

Siri Galaxy Foldable

Fold, Fold 5G, Z Fold2, Z Fold2 5G, Z Flip, Z Flip 5G

Siri Galaxy S: 

S10, S10+, S10e, S10 5G, S10 Lite, S20, S20 5G, S20+, S20+ 5G, S20 Ultra, S20 Ultra 5G, S20 FE, S20 FE 5G, S21 5G, S21+ 5G, S21 Ultra 5G.

Siri Galaxy Note: 

Note10, Note10 5G, Note10+, Note10+ 5G, Note10 Lite, Note20, Note20 5G, Note20 Ultra, Note20 Ultra 5G.

Siri Galaxy A : 

A10, A10e, A10s, A20, A20s, A30, A30s, A40, A50, A50s, A60, A70, A70s, A80, A90 5G, A11, A21, A21s, A31, A41, A51, A51 5G, A71, A71 5G, A02s, A12, A32 5G, A42 5G.

Siri Galaxy M : 

M10s, M20, M30, M30s, M40, M11, M12, M21, M31, M31s, M51.

Siri Galaxy XCover: 

XCover4s, XCover FieldPro, XCover Pro.

Siri Galaxy Tab: 

Tab Active Pro, Tab Active3, Tab A 8 (2019), Tab A with S Pen, Tab A 8.4 (2020), Tab A7, Tab S5e, Tab S6, Tab S6 5G, Tab S6 Lite, Tab S7, Tab S7+.

Dengan menawarkan kemaskini keselamatan sehingga empat tahun, Samsung nampaknya telah pun mengatasi peranti Google yang menawarkan kemaskini keselamatan tiga tahun sahaja.

Seperti kita tahu isu kemaskini telah lama menjadi masalah dalam ekosistem Android, dengan beberapa peranti menerima kemas kini selama dua tahun atau kurang. Berbanding Apple yang memberikan kemaskini pada iPhone sehingga enam tahun.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN