Close

Siri Redmi K40 hadir dengan tiga varian iaitu K40, K40 Pro dan K40 Pro Plus – Snapdragon 888 harga bawah RM2,000!

Redmi hari ini mengumumkan barisan baru Redmi K40 di China. Yang mana ia hadir dengan tiga varian iaitu Redmi K40, K40 Pro dan juga K40 Pro Plus.


Dari segi ukuran skrin ketiga-tiga menggunakan skrin bersaiz 6.67 inci E4 AMOLED paparan 120Hz yang turut menyokong 360Hz touch sampling rate. Ia juga merupakan touch sampling rate paling tinggi buat masa ini.

Selain dari berkongsi saiz skrin, spesifikasi lain yang sama pada ketiga-ketiga varian adalah menggunakan RAM LPDDR5 , storan UFS 3.1, bateri 4520mAh dan pengecasan pantas 33W.


Perbezaan pertama adalah pada cip pemproses. Untuk cip pemproses, Redmi K40 menggunakan Snapdragon 870 dan pada K40 Pro dan K40 Pro Plus menggunakan Snapdragon 888.


Untuk perbezaan kedua adalah pada kamera utamanya, yang menyaksikan kamera utama Redmi K40 Pro Plus menggunakan sensor 108MP, bagi K40 Pro pula adalah 64MP dan K40 menggunakan 48MP. Bersamanya dua lagi kamera iaitu 8MP ultra sudut lebar dan 5MP telemacro. Ketiga-tiga varian dilengkapi dengan kamera swafoto bersaiz 20MP.

Harga jualan Redmi K40 bermula dari RM1,252 (1,999 Yuan) bagi model asas. Untuk K40 Pro bermula dari RM1,725 (2,799 Yuan) bagi model asas, dan bagi model K40 Pro Plus ia hadir dengan satu varian sahaja dengan harga jualan RM2,318 (3,699 Yuan) 12GB+256GB.

Buat masa ini, Redmi K40 hanya dijual untuk pasaran China sahaja. Tiada sebarang info bila ia akan dijual untuk pasaran Global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN