Close

Snow Cone adalah nama pencuci mulut bagi Android 12

Seperti yang dijangka versi Android baru akan hadir tidak lama lagi. Untuk versi Android kali ini akan dikenali sebagai Android 12, selepas Google tidak lagi menggunakan nama pencuci mulut sejak dua tahun lalu.

Walaupun secara rasminya Android 12 tidak mempunyai nama pencuci mulut. Namun seperti sebelum ini Android 11 (Android R) juga disebut sebagai “Red Velvet Cake” secara dalaman. Dan untuk Android 12 (Android S) pula mungkin akan dipanggil sebagai “Snow Cone”.

Walaupun Google belum lagi mengesahkan nama pencuci mulut bagi Android 12 secara dalaman. Namun jika dilihat melalui kod sumber Android 12, terdapatnya “sc” di setiap awalan kod bagi Android 12 yang mungkin membawa maksud “Snow Cone”.

Developer Preview bagi Android 12 dijangka bakal diumumkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan apakah pembaharuan yang bakal Google bawakan pada Android 12.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN