Close

Sony Malaysia buka pra-tempahan PlayStation 5 pada 19 Februari dan stok adalah terhad

Sony Malaysia menerusi laman Facebook rasmi telah mengumumkan pra-tempahan buat kali ke-3 pada 19 Februari ini dengan harga RM1,869 untuk Digital Version dan RM2,299 untuk Standard Version (Disc).

Pra-tempahan adalah melalui Lazada yang dijangka akan mula buat penghantaran sekitar 26 Februari. Tempahan boleh dibuat melalui pautan ini. Setiap tempahan juga adalah terhad seorang satu unit sahaja.

Jika anda ingin mencuba nasib untuk menjadi pembeli terawal sebelum kehabisan stok, digalakkan memasukkan duit ke Lazada Wallet terlebih dahulu untuk proses pembayaran yang lebih pantas dan tunggu pada jam 12.00 AM 19 Feb ini. Selamat membeli!

ARTIKEL BERKAITAN