Close

Sony PlayStation 5 bakal menyokong storan tambahan tidak lama lagi

Hype mengenai Sony PlayStation 5 (PS5) masih belum lagi reda walaupun pra-tempahan ketiga baru-baru ini dibuat, namun ia masih belum mencukupi untuk pasaran Malaysia kerana campur tangan scalper.

Seperti yang kita tahu Sony Playstation 5 dilengkapi dengan slot SSD M.2 yang boleh ditambah dan cukup mudah diakses. Tetapi kemampuan untuk menambah storan telah pun dikunci melalui perisian dan pengguna bergantung harap kepada storan luaran melalui USB.

Namun itu semua akan berakhir tidak lama lagi, menurut Bloomberg Sony dikatakan bakal memberikan kemaskini yang membenarkan pengguna untuk menambah storan. Kemaskini itu dijangka akan diberikan pada musim panas tahun ini. Kemaskini Firmware ini juga akan meningkatkan kelajuan kipas penyejuk kepada yang lebih tinggi.

Walaupun Sony bakal memberikan pengguna untuk menambah storan PS5 mereka, namun Sony masih belum menyenaraikan SSD pihak ketiga yang serasi dengan PS5. Menurut Sony lagi, SSD harus memenuhi parameter prestasi tertentu sehingga tidak mengganggu pengalaman semasa bermain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN