Close

Xiaomi hadir dengan konsep fon paparan melengkung empat penjuru

Xiaomi adalah salah satu pengeluar yang sering memperlihatkan konsep fon, sebelum ini Xiaomi telah memperlihatkan konsep fon yang diberi nama Mi Mix Alpha pada September 2019. Dengan rekaan paparan yang meliputi keseluruhan peranti.

Namun pada kali ini Xiaomi memperlihatkan konsep fon baru dengan paparan melengkung keempat-empat penjuru. Xiaomi memanggil skrin tersebut sebagai skrin hyper quad-curved dengan 88 darjah dan ini adalah skrin melengkung paling ekstrem yang pernah dilihat ketika ini.

Apa yang lagi menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir tanpa sebarang port dan juga butang fizikal. Paparan baru ini sebenarnya dilengkapi dengan empat potongan bulat di sudut bagi mengelakkan daripada sentuhan telapak tangan yang tidak diingini. Selain itu kedudukan status bar juga menarik yang mana ia diletakkan di sebelah kanan atas.
Wakil Xiaomi turut mengesahkan bahawa sudah ada prototaip peranti tersebut dengan skrin melengkung sebegitu. Tetapi tidak ada sebarang maklumat mengenai bila ia akan berada di pasaran.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN