Close

Xiaomi Mi 11 dilancarkan secara global – Snapdragon 888, paparan 120Hz, kamera 108MP dengan 2 tahun jaminan waranti

Xiaomi Mi 11 telah pun dilancarkan pada Disember tahun lalu untuk pasaran China, dan hari ini Xiaomi mengumumkan Mi 11 secara rasminya untuk pasaran global. Mi 11 merupakan peranti premium dari Xiaomi yang menawarkan sejumlah ciri premium yang baru.

Xiaomi Mi 11 hadir dengan skrin bersaiz 6.81 inci dengan resolusi 2K AMOLED dan paparan 120Hz. Selain itu, skrin Mi 11 turut menyokong 480 touch response rate bersama HDR10+.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 888 dan merupakan peranti pertama yang menggunakannya. Hadir dengan dua pilihan RAM dan storan iaitu 8GB/128GB dan 8GB/256GB  yang mana ia menggunakan teknologi LPDDR5 dan UFS 3.1.

Kamera Mi 11 menawarkan tetapan tri kamera dengan kamera utama 108MP, 13MP sudut lebar dan 5MP telemacro. Ia mampu merakaman sehingga 8K HDR. Untuk kamera Swafoto pula ia hadir dengan 20MP.

Mi 11 menyokong pengecasan pantas 55, pengecasan tanpa wayar 50W dan menyokong 10W reverse wireless charging. Mi 11 dimuatkan dengan bateri sebesar 4600mAh yang hanya memerlukan 43 minit dari 0% hingga 100%. 

Untuk ciri-ciri lain, Mi 11 menggunakan pelindung skrin Victus dari Gorilla Glass, audio dari harmon kardon, pengesanan degupan jantung melalui sensor cap jari dalam paparan Goodix, NFC, IR blaster, Wi-Fi 6E, dan juga Bluetooth 5.2.
Harga jualan bagi Mi 11 adalah RM3,655 ( €749) untuk 8GB/128GB, RM3,991( €799)  untuk 8GB/256GB. Yang mana ia juga hadir dengan jaminan sehingga 2 tahun dan 1 tahun untuk baikpulih skrin percuma.

Tarikh penjualan rasmi belum lagi di ketahui, tetapi tarikh pra tempah bakal bermula pada 26 Februari. Untuk pasaran Malaysia, ia bakal hadir tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN