Spesifikasi ringkas bagi Mi 11 Hadir dengan Snapdragon 888, skrin 6.81 inci 2K AMOLED dengan paparan 120Hz. Menggunakan tetapan tri kamera dengan kamera utama 108MP, 13MP sudut lebar dan 5MP telemacro dan kamera Swafoto 20MP.
Mi 11 menyokong pengecasan pantas turbo 55W, pengecasan tanpa wayar 50W dan menyokong 10W reverse wireless charging. Mi 11 dimuatkan dengan bateri sebesar 4600mAh yang hanya memerlukan 43 minit dari 0% hingga 100%.
Untuk ciri-ciri lain, Mi 11 menggunakan pelindung skrin Victus dari Gorilla Glass, audio dari harmon kardon, pengesanan degupan jantung melalui sensor cap jari dalam paparan Goodix, NFC, IR blaster, Wi-Fi 6E, dan juga Bluetooth 5.2.
Harga jualan rasmi Xiaomi Mi 11 bagi pasaran Malaysia bermula dari RM 2,799 untuk 8GB+128GB dan RM2,999 untuk 8GB+256GB. Pra tempah bermula dari 25 Feb sehingga 10 Mac.
Setiap pra tempah hadir dengan warranti selama 24 bulan, 12 bulan warranti skrin retak dan juga Mi Air Purifier 3C yang bernilai RM569.
Untuk 100 pra tempah terawal pula mendapat produk AIoT Premium Pack Xiaomi yang bernilai RM1,356.