Close

Xiaomi Mi 12 bakal menjadi peranti pertama dengan Snapdragon 895

Xiaomi seperti kebiasaan ingin sentiasa menjadi yang terawal dalam menggunakan cip terbaru dari Qualcomm. Dan ia bakal terjadi sekali lagi kepada peranti premium baru Xiaomi iaitu Mi 12.

Melalui laporan yang diperolehi, Qualcomm dikatakan sedang dalam membangunkan cip Snapdragon terunggul mereka yang seterusnya. Cip tersebut akan dihasilkan dengan TSMC yang menggunakan proses pembuatan 4nm.

Dalam penghasilan Snapdragon 895, Qualcomm akan bertukar kepada TSMC. Kerana TSMC dikatakan merancang untuk menghasilkan pengeluaran produk 4nm dalam kapasiti yang besar pada tahun 2022. Yang sebelum ini Qualcomm bekerjasama dengan Samsung dalam menghasilkan Snapdragon 888.

Sumber turut mengatakan yang cip Snapdragon 895 4nm tidak akan dikeluarkan sehingga pada tahun 2022.  Snapdragon 895 mungkin akan menggunakan modem Qualcomm X65 5G yang mempunyai kecekapan yang tinggi dalam rangkaian 5G dengan kepantasan 10Gbps. Modem X65 turut dilengkapi dengan penjimatan kuasa Qualcomm 5G PowerSave 2.0 yang dapat mengurangkan penggunaan kuasa dengan ketara.

Untuk tambahan, Xiomi Mi 12 akan menggunakan Snapdragon 895 yang mungkin akan diumumkan pada akhir tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN