Close

Xiaomi Mi 11 Ultra dilihat hadir dengan paparan skrin kecil di bahagian kamera

Sebelum ini sudah ada ura-ura mengenai Xiaomi Mi 11 Ultra. Namun pada kali ini, imej rekaan dan spesifikasi penuh Mi 11 Ultra telah pun dibocorkan secara keseluruhan di YouTube melalui Chanel Tech Buff PH yang merupakan seorang Youtuber dari Filipina.

Dalam video tersebut, ia menunjukkan rupa sebenar Mi 11 Ultra yang hadir dengan dua warna pilihan iaitu hitam dan putih. Selain itu, ia mempunyai kamera belakang yang tebal dan mempunyai skrin kecil bersebelahan kamera yang bertujuan untuk pengambilan swafoto.

Spesifikasi keseluruhan bagi Mi 11 Ultra, ia hadir dengan cip Snapdragon 888, skrin OLED berukuran 6.8 inci dengan resolusi WQHD+ bersama paparan 120Hz. Kamera swafoto 20 MP dan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50 MP , 48 MP kamera zoom dan juga 48 MP telefoto periskop.

 Mi 11 Ultra hadir dengan kapasiti bateri sebesar 5000 mAh menyokong pengecasan pantas berwayar dan tanpa wayar sehingga 67W dan turut hadir dengan sokongan reverse wireless chager 10W. Untuk RAM dan juga storan pula ia hadir dengan teknologi LPDDR5 dan juga UFS 3.1

Untuk ciri-ciri lain, Mi 11 Ultra juga hadir dengan sistem audio dari Harmon Kardon, Pelindung kaca Gorilla Glass Victus dan penarafan IP68 untuk tahan debu dan air.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN