Close

YouTube kini boleh mainkan video resolusi 4K pada peranti dengan resolusi rendah

Menonton video dengan resolusi yang tinggi dapat memberikan pengalaman menonton yang lebih baik. Kini aplikasi Youtube di Android membolehkan anda memainkan video dengan resolusi sehingga 4K. 

Sebelum ini, hanya peranti dengan paparan tinggi sahaja yang mempunyai pilihan untuk memainkan video pada resolusi 4K. Namun, kini pilihan resolusi video 4K sudah boleh dimainkan pada peranti dengan paparan resolusi rendah.

Dengan memainkan video beresolusi tinggi pada paparan beresolusi rendah ia dapat meningkatkan ketajaman kerana penskalaan turun, menjadikan video tampil lebih baik secara keseluruhan. 

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN