Close

Apple akan menggunakan panel LTPO dari Samsung pada iPhone 13

Apple akhirnya akan menggunakan paparan 120Hz seperti pada kebanyakkan peranti Android pada ketika ini. Bermula pada iPhone 13 yang dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Melalui laporan The Elec, kilang yang dikhaskan untuk membekalkan panel LTPS untuk Apple dikatakan sudah mula menghasilkan panel LTPO yang akan digunakan pada iPhone 13 kelak.

Sebelum ini, panel LTPO telah pun digunakan pada Apple Watch 3 untuk kawalan tepat pada frame rate dan menggunakan kuasa yang rendah untuk boot. Namun kelemahan LTPS adalah penghasilannya yang sukar. Oleh yang demikian kapasiti Apple Watch 3 menurun dari 105,000 panel sebulan kepada 70,00 sebulan.

Menurut Ming-Chi Kuo pula, iPhone yang akan menggunakan paparan 120Hz adalah model Pro dan Pro Max. Untuk varian biasa ia masih menggunakan paparan 60Hz. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN