Close

Asus ROG Phone 5 akan hadir dengan RAM sehingga 18GB

 

Sebelum ini, Asus ROG Phone 3 adalah peranti pertama yang hadir dengan kapasiti RAM sehingga 16GB RAM. Dan sekuel itu bakal berlaku sekali lagi pada Asus ROG Phone 5.


Asus sudah pun mengumumkan yang ROG Phone 5 akan dilancarkan pada 10 Mac. Dan ASUS ROG Phone 5 bakal menjadi yang pertama menawarkan RAM sehingga 18GB.

Penanda aras Geekbench telah mengesan Asus ROG Phone 5 dengan kod I005DB dan I005DA. Yang mana terdapat dua versi DB dan DA bagi ROG Phone 5. DA merupakan edisi Tencent Games dan DB merupakan model utama yang telah di uji oleh DxOMark dan mempunyai paparan sekunder di bahagian belakang.

Versi DA sebelum ini pernah muncul di Geekbench pada bulan Disember dengan  8GB RAM. Dan baru-baru ini, versi DA lain muncul dengan RAM 16GB dan kemungkinan ia bakal hadir dengan dua pilihan RAM 8GB dan 12GB. Sama-sama kita nantikan apa yang bakal dibawakan oleh Asus pada ROG Phone 5.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN