Close

Asus ROG Phone 5 gagal dalam ujian ketahanan

 

Asus ROG Phone 5 baru sahaja dilancarkan awal bulan ini, merupakan salah satu peranti terbaik dalam segmen peranti berasaskan permainan mudah alih. Hadir dengan spesifikasi tertinggi bersama fungsi permainan yang semakin baik.

Melalui saluran YouTube JerryRigEverthing (JRE) yang popular dengan video menguji ketahanan peranti terkini. JRE baru-baru ini telah memuatnaik video ujian ketahanan ROG Phone 5 yang berdurasi 9.54 minit yang setakat ini telah ditonton lebih dari 1 juta pengguna.

Ujian ketahanan yang dilakukan keatas ROG Phone 5 pada mulanya seakan tiada sebarang masalah, sehingga ketika JRE cuba membengkokan peranti itu dengan menggunakan tangannya. Tanpa menggunakan kesemua jari bagi percubaan pertama, ROG Phone 5 gagal menahan dan menyebabkan  keretakkan bermula dari garisan antena yang juga merosakkan motor vibration.


Percubaan kali kedua memberikah hasil yang lebih teruk apabila skrin ROG Phone 5 terus menjadi gelap dan retak dibahagian dalam. Percubaan ketiga terus menjadikan ROG Phone 5 musnah secara keseluruhan apabila panel belakang mengalami retak yang teruk.

Menurut JRE, masalah utama yang menjadikan ROG Phone 5 gagal dalam ujian ketahanan adalah kerana garis antena yang lemah. Walaupun penggunaan sehari-hari tidaklah seperti itu, tetapi dengan harga peranti semahal itu seharusnya mempunyai binaan yang berkualiti sekaligus mempunyai daya tahan yang tinggi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN