Close

Asus ROG Phone 5 rasmi di Malaysia – Snapdragon 888 dan pengecasan pantas 65W dengan harga mencecah RM4,999

Asus hari ini mengumumkan peranti permainan baru mereka bagi menggantikan Asus ROG Phone 3.  Membawakan tiga varian iaitu ROG Phone 5, ROG Phone 5 Pro dan juga ROG Phone 5 Ultimate. ROG Phone 5 menawarkan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga fungsinya.

ROG Phone 5 hadir dengan skrin bersaiz 6.78 inci FHD+  AMOLED, paparan 144Hz serta menyokong kandungan HDR10+. Skrin ROG Phone 5 turut mempunyai 300Hz touch sampling rate dan juga 24.5 ms touch latency.

Untuk spesifikasi dalaman, ia dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 888, dengan tiga pilihan RAM iaitu 8GB, 16GB dan 18GB. Bagi storan pula ia hadir dengan 128GB, 256GB dan storan paling besar 512GB. Masih mengekalkan bateri 6000mAh dengan teknologi dua sel bateri, pengecasan pantas HyperCharge 65W.

Pada bahagian kamera, Asus ROG Phone 5 menggunakan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 64MP , 13 MP kamera sudut lebar dan 5 MP kamera mikro. Untuk kamera swafoto ia menggunakan sensor 24 MP. Untuk pilihan warna ia hadir dengan dua warna iaitu Phantom Black dan juga Storm White.

Terdapat ciri istimewa pada varian ROG Phone 5 Pro dan Ultimate, ia membawakan rekaan panel belakang berbeza yang mempunyai paparan sekunder yang diberi nama ROG Vision, yang mana boleh memaparkan grafik seperti incoming call, charging, x mode, dan macam-macam lagi.

Harga jualan Asus ROG Phone 5 adalah RM 2,999 bagi 8GB/128GB dan RM 3,799 untuk 16GB/256GB, yang mana Aero Active Cooler tidak tersedia didalam kotak. Harga bagi ROG Phone 5 Pro pula adalah RM 4,499 bagi 16GB/512GB dan untuk ROG Phone 5 Ultimate pula adalah RM 4,999 untuk 18GB/512GB dengan Aero Active Cooler tersedia didalam kotak.

Asus juga menawarkan beberapa aksesories bersempena pelancaran Asus ROG Phone 5 seperti Aero Aactive Cooler 5 , Lightning Armor Case 5, ROG Kunai 3 Gamepad dan ROG Kunai 3 Bumper. Tidak ketinggalan beberapa ROG Headphone seperti ROG Strix GO Core, ROG Cetra II dan juga ROG Cetra II Core. Setiap pra tempah ROG Phone 5 hadir dengan aksesori percuma Kunai 3 Gamepad yang bernilai RM 499.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN