Close

Bill Gates lebih memilih Android berbanding iPhone

 

Siapa yang tidak kenal dengan Bill Gates kan? Beliau merupakan pengasas kepada Microsoft Corporation. dalam satu wawancara di Clubhouse beliau menjelaskan mengapa lebih memilih Android berbanding iPhone.

Pada satu wawancara baru-baru ini di aplikasi perbualan audio, Bill Gates telah mendedahkan mengapa dia  lebih menyukai Android berbanding iPhone. Beliau mengatakan bahawa pengeluar Android “lebih fleksibel” dengan integrasi perisian.

Selain dari lebih fleksible, Android selalunya hadir dengan aplikasi Microsoft yang telah tersedia. Yang mana ia memudahkan beliau dalam melakukan banyak perkara sebagaimana perisian itu berhubung dengan sistem operasi. Ia sekaligus telah menjadikan beliau terbiasa dengan Android.

Perkara ini dilaporkan oleh 9to5Google, selepas Bill Gates dijemput dalam satu temu ramah di aplikasi Clubhouse. Clubhouse merupakan aplikasi khusus iPhone buat masa ini, yang popularitinya sedang meningkat naik. Untuk versi Android ia masih dalam pembangunan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN