Close

Black Shark 4 akan dilancarkan pada 24 Mac ini – Snapdragon 888 bersama pengecasan pantas 120W

                                        

Maklumat awal mengenai Black Shark 4 telah pun bertiup sejak Januari lalu, dan hari ini Black Shark akhirnya mendedahkan hari pelancaran bagi Black Shark 4 iaitu pada 23 Mac jam 15:00 waktu tempatan di China.

Black Shark 4 dijangka hadir dengan dua varian iaitu Black Shark 4 dan juga Black Shark 4 Pro seperti mana pada model sebelumnya. Tidak banyak yang didedahkan oleh Black Shark mengenai peranti baru mereka. Namun sebelum ini, terdapat maklumat yang Black Shark 4  hadir dengan bateri 4500mAh bersama pengecasan pantas 120W.

Dari imej yang diperolehi dari pangakalan data TEENA, Black Shark 4 akan menggunakan kamera swafoto jenis punch hole, tetapan tri-kamera belakang sebaris dan pengimbas cap jari terletak pada butang kuasa.

Untuk versi Black Shark 4 Pro, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.67 inci paparan 120Hz, RAM 8GB bersama Snapdragon 888. Black Shark 4 Pro turut hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dan perkara itu disahkan melalui perkongsian oleh CEO Black Shark iaitu Lou Yuzhou di Weibo.

Masih banyak spesifikasi mengenai siri Black Shark 4 tidak didedahkan. Namun, akan lebih banyak maklumat akan tertiris menjelang hari pelancarannya tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN