Close

CEO OnePlus kongsi hasil gambar dari kamera OnePlus 9

OnePlus telah pun mengumumkan hari pelancaran bagi siri OnePlus 9 iaitu 23 Mac ini. Buat pertama kalinya OnePlus akan melancarkan tiga model serentak dibawah siri OnePlus 9 iaitu OnePlus 9, OnePlus 9 Pro dan OnePlus 9R.

CEO OnePlus iaitu Pete Lau telah memuatnaik sample gambar dari OnePlus 9 melalui Twitternya. Ia memperlihatkan keupaayan kamera OnePlus dalam penghasilan warna semulajadi dan juga kemampuan kamera ultrawide dengan distortion yang sangat minima.

Kamera utama OnePlus 9 menggunakan Sony sensor IMX789, yang mana dengan kerjasama Hasselblad ia dapat menghasilkan kalibrasi warna semulajadi dengan sangat baik. Menurut Pete Lau kita selalu melihat dunia dengan warna yang semulajadi dan itulah apa yang bakal OnePlus 9 boleh lakukan.

OnePlus turut mengesahkan yang kamera ultrawide pada OnePlus 9 menggunakan Sony sensor IMX766 dengan resolusi 50 MP. Ia turut dilengkapi dengan lensa bentuk bebas yang akan mengurangkan distortion dari 20% menjadi 1%.


Siri OnePlus 9 kali ini dilihat lebih terarah kepada kemampuan kamera. Dengan kerjasama Hasselblad yang menelan belanja sekitar $150 juta USD ianya tampak berhasil. Sama-sama kita nantikan hari pelancarannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN