Close

Instagram sedang membangunkan aplikasi seperti Clubhouse

Aplikasi yang sedang trend ketika ini iaitu Clubhouse merupakan aplikasi sosial yang sangat menarik dan ia merupakan aplikasi sosial yang berasaskan audio yang tersedia untuk iOS sahaja buat ketika ini.

Oleh kerana kejayaan Clubhouse, terdapat beberapa pembangun dalam usaha membuat Clubhouse versi mereka sendiri. Antaranya adalah TikTok yang sudah mempunyai atau sedang membangunkan Clubhouse versi TikTok.

Menurut laporan dari Alessandro Paluzzi, Facebook kini sedang menghasilkan klon aplikasi Clubhouse untuk aplikasi Instagram mereka.

Facebook sedang membangunkan aplikasi berasaskan audio-chat Clubhouse yang mana Instagram mempunyai akses yang tinggi dikalangan selebriti dan juga influencer.

Sebagai tambahan, Clubhouse adalah perkhidmatan undangan sahaja yang mana pengguna dapat mendengar perbualan, wawancara, dan perbincangan. Yang mana ia seperti forum yang membincang sesuatu topik sementara pengguna lain hanya mendengar sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN