Close

iPhone 13 mungkin akan hadir dengan storan 1TB

Gambar konsep : LetsGo Digital.

Laporan dari penganalisis di Wedbush mengatakan barisan baru iPhone akan datang menggunakan nama iPhone 13 dan buat pertama kalinya Apple akan membawakan pilihan storan sehingga 1TB. Yang sebelum ini iPhone 12 hadir dengan storan maksimum pada 512GB.

Pada Januari lalu, Front Page Tech juga ada menyatakan perkara yang sama. Bahawa iPhone 13 bakal hadir dengan penawaran storan sehingga 1TB.

Apple buat masa ini telah pun membawakan pilihan storan 1TB pada peranti mereka iaitu pada iPad Pro. Jika dilihat daripada konteks pasaran telefon pintar, iPhone agak ketinggalan sebagai contoh pesaing mereka seperti Samsung telah lama menawarkan peranti dengan storan 1TB pada siri Galaxy S10 yang diperkenalkan pada dua tahun lalu.

iPhone 13 dijangka akan dilancarkan pada bulan September tahun ini. Beberapa info mengenai iPhone 13 telah tertiris seperti membawa semula fungsi Touch ID, menyokong paparan 120Hz, menggunakan takuk yang lebih nipis dan sistem kamera baru.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN